Bekas Yang Dipertua WI, Tan Sri Kamsiah Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas yang Dipertua Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI) Tan Sri Kamsiah Abdul Majid, 90, meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini, Ahad.

Cucu Allahyarhamah, Sulaiman Idid, 41, berkata, Kamsiah meninggal dunia pada pukul 12.46 tengah hari tadi selepas dua minggu dimasukkan di pusat perubatan itu kerana masalah pembekuan darah di tangan.

Allahyarhamah meninggalkan seorang anak tunggal perempuan dan empat orang cucu lelaki, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, jenazah yang kini dibawa ke rumah emaknya di Taman Halimaton, Batu 3, Jalan Kelang Lama di sini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang sebelum Zuhur esok.

Kamsiah, anak kelahiran Kuala Lumpur dan berkahwin dengan bekas Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya Allahyarham Prof Datuk Dr Ibrahim Yassin, merupakan seorang aktivis wanita semasa zaman kemerdekaan.

Sulaiman berkata, selain memegang jawatan penting dalam WI, neneknya merupakan wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Desa Sedunia (ACWW).

Allahyarhamah juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pengasas Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO), katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan