Tun Mahathir Nasihat Penduduk Jangan Jual Tanah

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati mana-mana pemilik tanah di Pantai Cenang di sini, pusat tumpuan pelancong asing, supaya tidak menjual tanah mereka.

Dr Mahathir berkata ini kerana generasi akan datang tidak lagi dapat menikmati warisan datuk nenek mereka.

Sambil mengimbas kembali zaman mudanya yang pernah merasa kecewa kerana ayah beliau telah menjual sebidang tanah yang disifatkan sebagai merugikan untuk jangka masa panjang, katanya pada perjumpaan bersama hampir 100 pengusaha chalet dan peniaga Pantai Cenang di sini petang Ahad.

Dr Mahathir juga meminta mereka agar berusaha meningkatkan kehidupan dengan mencari idea baru bagi menghasilkan produk pelancongan yang berkualiti.

Bekas Perdana Menteri yang juga penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dijemput memberi pandangan peribadi beliau mengenai pelan pembangunan semula Pantai Cenang berdasarkan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Dis lepas.

Dr Mahathir berkata beliau akan berusaha menyakinkan kerajaan pusat dan negeri mengenai kebimbangan penduduk Pantai Cenang mengenai masa depan mereka dan sama-sama membangunkan pelan pembangunan itu.

"Saya akan bertemu dengan menteri berkenaan supaya pengusaha yang telah lama berkecimpung dalam perusahaan itu patut dikekalkan dan diberi bantuan bagi meningkatkan kualiti hotel-hotel mereka," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan