Pemimpin Pembangkang Lebih Pentingkan Parti Daripada Perjuangan Islam - Dr Mahathir

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa The Wall Street Journal.

"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka (pembangkang) akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz, Jumaat, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian Parti Keadilan Rakyat.

"Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia (Nik Aziz) cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.

"Ini tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, pasal yang lebih utama bukan Islam, tetapi pakatan yang lebih utama. Kalau terpaksa sokong Israel kerana nak kekal, Pakatan akan sokong Israel," katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, Sabtu.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Perdana Global Peace Foundation (PGPF) Tan Sri Norian Mai.

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Presiden PGPF, berkata program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza diadakan bagi membantu menyalurkan sejumlah 1.5 juta botol air mineral kepada penduduk Gaza.

Beliau berkata program itu penting dalam usaha membantu penduduk Palestin yang menderita kekurangan bekalan air bersih akibat sekatan dan pemusnahan sistem pembetungan serta loji penapisan air di Gaza oleh rejim Zionis.

"Walaupun jika dilihat dengan mata kasar ia tidak mampu untuk menampung keperluan air minuman penduduk Gaza, namun ia diharap mampu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seharian," katanya.

Melaka merupakan destinasi pertama program itu yang mendapat sambutan luar biasa dengan kutipan berjumlah RM100,000 hasil sumbangan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan perseorangan dalam usaha menjenayahkan peperangan serta memperjuangkan keamanan dunia sejagat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan