PAS Jadi Tunjang Utama Jika Pakatan Rakyat Berkuasa – Dr Chua

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS akan menjadi penunjang utama sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, parti-parti lain seperti DAP dan PKR tidak akan menjadi yang utama sekiranya Pakatan mula berkuasa.

"Jika Umno jatuh, penyumbang utama adalah PAS dan bukannya DAP atau PKR. Ia adalah mustahil.

"Oleh itu, janganlah terpedaya dengan retorik yang tidak jujur. Marilah kita terima kebenaran yang mungkin sukar ini,” kata Dr Chua berkata, pada ucapan pembukaan di Forum "Malaysian Chinese at the Political Crossroads" di Hotel Berjaya Times Square di sini Sabtu.

Dr Chua yang menjelaskan undi DAP adalah undi untuk PAS dan PKR berkata: "Memperkasakan DAP adalah memperkukuhkan PAS dan membuka jalan bagi PAS untuk menjadi taiko atau lao da (abang) di kerajan negeri dan persekutuan.

Beliau juga mengingatkan para pengundi bahawa DAP pada hari ini yang merupakan parti perikatan Pakatan adalah berbeza dengan DAP sebelum ini.

"Pada pilihan raya yang lepas di Perak, DAP memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR menang tujuh kerusi dan PAS dengan enam kerusi, tetapi Menteri Besarnya (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) adalah calon daripada PAS.

"DAP sering menggambarkan kejayaannya dalam membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang dan seorang pemimpin DAP bergelar sebagai ketua menteri telah memberikan harapan palsu kepada kaum Cina bahawa ia kemungkinan berlaku di negeri-negeri lain.

"Mengikut tradisi, ia hanya boleh dilakukan di Pulau Pinang tetapi tidak di negeri-negeri lain setakat ini,” hujah Dr Chua.

Beliau berkata, DAP telah memberi harapan kepada kira-kira 6.5 juta kaum Cina di negara ini bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Cina adalah mustahil dan MCA mengubah minda itu.

Dr Chua berkata, sebuah negara yang dipisahkan politiknya berdasarkan perkauman hanya menjadi ancaman kepada kestabilan negara.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan