Lim Ulangi Akan Bersara Dari Politik Jika Isu Tanah Bayan Mutiara Dibuktikan

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengulangi tekad beliau untuk bersara dari politik jika terdapat bukti penjualan tanah Bayan Mutiara di negeri itu dilakukan secara rundingan dan bukan tender terbuka.

Beliau berkata syarikat pemaju hartanah Ivory Properties Group Berhad hari ini menegaskan ia memenangi bidaan bagi tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara dekat sini menerusi persaingan sengit dalam tender terbuka oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Dia (Zainal) sudah ada bukti, bukti ialah kenyataan Bursa Malaysia. Dia sudah tunjuk bukti tapi telah dinafikan oleh Ivory, dia bukti ialah satu kenyataan yang telah dibuat oleh Ivory, tetapi hari ini Ivory siarkan dia dapat tender secara terbuka," katanya.

Lim berkata demikian ketika mengulas cabaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, yang mendakwa memiliki bukti tanah itu dijual pada harga RM1.1 bilion kepada Ivory Group menerusi rundingan.

"Saya yang cabar. Saya cakap kalau mereka boleh buktikan saya tak buat tender terbuka, saya akan undur dari politik, tapi kalau mereka tak dapat buktikan, mereka pula kena undur," katanya kepada pemberita selepas debat dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang bertajuk 'Kaum Cina di Persimpangan. Apakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua bangsa?' di sini.

Tanah yang dianggap sebagai 'bernilai amat tinggi' itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan