Cuepacs Minta Beri Perhatian Kepada Petugas Lama Pelaksana Gred-17 SBPA

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat memberi perhatian kepada kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya menyarankan kumpulan itu dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada petugas-petugas berkenaan.

Katanya perkara ini perlu dikaji supaya kedudukan mereka yang berkhidmat lama dengan kerajaan diambil kira dan mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21.

"Sekarang ini kalau kita lihat, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat empat atau lima tahun.

"Dalam SPBA sekarang, mereka yang ada sijil diberi kenaikan kepada Gred T8. Tetapi yang sudah lama berkhidmat pula tidak berpeluang kerana mereka tidak dapat pengiktirafan...sedangkan mereka juga mempunyai sijil yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada satu majlis penerangan bersama Kesatuan Kakitangan Sokongan Jabatan Perikanan Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng.

Sehubungan itu Azih berkata Cuepacs juga mahu lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana ketika ini jumlahnya adalah terlalu sedikit dan berharap perkara ini dikaji semula sewajarnya.

"Kita juga mahu menekankan apa yang disentuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 mengenai penyelarasan kenaikan gaji dari tujuh hingga 13 peratus sebenarnya tidak langsung berlaku.

"Ini kerana sebilangan besar penjawat awam sebenarnya tidak menerima kenaikan sehingga tujuh peratus, tetapi cuma menerima sehingga empat peratus sahaja," katanya.

Selain itu katanya, Cuepacs masih komited memperjuangkan lima fokus utama berhubung SBPA dan berharap perkara tersebut dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan