Skandal Pasir: Noh Omar Sedia Kemuka Bukti Jika Selangor Adakan Mahkamah Terbuka

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau hanya akan mendedahkan bukti mengenai penyelewengan pasir di negeri itu jika kerajaan negeri mengadakan 'perbicaraan terbuka'.

Beliau berkata langkah itu perlu kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang sepatutnya menyiasat isu tersebut masih gagal menyelesaikannya, meskipun telah menerima laporan sejak setahun lepas.

"Selcat wajar digunakan sejajar dengan penubuhannya yang bertujuan untuk mencari kebenaran berhubung sesuatu isu yang timbul. Namun apa yang dilihat pada hari ini Selcat hanya ditubuhkan untuk kepentingan politik kerajaan negeri. "Kalau merasakan Selcat tidak mampu selesaikan isu itu, kerajaan negeri harus tubuhkan mahkamah rakyat (terbuka) dan saya akan hadir serta bawa enam saksi yang sanggup kemuka bukti mengenai kegiatan penyelewengan pasir di Selangor," katanya, di sini, Jumaat.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta mengulas mengenai cabaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu Noh mendedahkan bukti penyelewengan terbabit.

Terdahulu Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang di sini.

Noh ketika berucap pada majlis itu mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi menaik taraf infrastruktur di sekolah berkenaan termasuk bilik guru dan surau serta RM15,000 kepada PIBG sekolah terbabit. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan