Program 6P: Imigresen Pahang Kutip Levi Lebih RM 4.7 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Imigresen Pahang berjaya mengutip lebih RM4.7 juta bayaran levi daripada majikan menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Pengarahnya Datuk Mohamed Nasir Osman berkata sektor pembinaan merupakan penyumbang tertinggi dengan RM1.9 juta diikuti perkhidmatan (RM1.08 juta), perladangan (RM942,000), perkilangan (RM643,000) dan pertanian (RM140,000).

"Sejak dibuka pada 4 Januari lepas, jabatan kami berjaya mendaftarkan 5,968 pekerja asing menerusi 1,585 majikan, manakala pendaftaran 1,069 Pendatang Asing Tanpa Izin daripada 204 majikan pula telah ditolak.

"Sebab penolakan itu berikutan beberapa syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh pemohon antaranya tiada kontrak kerja, tidak surat sokongan daripada pihak sektor yang bertanggungjawab dan lain-lain," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Beliau berkata pekerja asing paling ramai mendapat permit ialah dari Indonesia seramai 3,875 orang, diikuti Bangladesh (1,576 orang) dan Myanmar 152 orang daripada 12 negara yang memohon.

Katanya sambutan permohonan pendaftaran pekerja asing kembali perlahan setelah kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran yang sepatutnya berakhir 15 Februari kepada 10 April ini.

Sehubungan itu beliau meminta majikan agar tidak menunggu saat-saat akhir untuk mendaftarkan pekerja asing mereka bagi mengelakkan kesesakan.

Mohamed Nasir berkata pihaknya akan mengunjungi majikan dan meminta mereka mendaftarkan pekerja asing sebelum operasi besar-besaran dilakukan selepas tempoh pendaftaran tamat.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang tahun lepas, seramai 505 pendatang tanpa izin berjaya diberkas di negeri ini membabitkan 336 warga Indonesia, 87 Bangladesh, Thailand (36), Myanmar (28) dan Pakistan (18). -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan