Nilai Perjuangan, Semangat Cintakan Negara Tidak Harus Berubah - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR SALAK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata nilai perjuangan dan semangat cintakan bangsa dan negara di kalangan anggota UMNO terutama pemimpinnya tidak harus berubah walaupun negara kini jauh lebih maju berbanding sebelum ini.

Perdana Menteri berkata dua nilai itu tidak boleh ditinggalkan, diketepikan malah ditukar ganti dengan nilai lain.

"Nilai dalam perjuangan adalah nilai di mana kita meletakkan perjuangan parti di atas segalanya," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri bersama-sama Veteran UMNO Pasir Salak di sini, Sabtu.

Beliau berkata dalam mengharungi cabaran semasa dan akan datang, pemimpin UMNO tidak seharusnya lupa kepada nilai sejarah termasuk mereka yang berjasa kepada parti.

Pemimpin terdahulu mempunyai semangat perjuangan nasionalisme yang amat tinggi sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan bangsa dan negara tanpa mengharapkan sebarang ganjaran serta kedudukan, katanya.

"Mereka yang berhempas-pulas, berkorban, perit jerih malah ada juga dengan darah dan nyawa untuk menegakkan perjuangan nasionalisme bagi menjadikan negara merdeka dan berdaulat," katanya.

Najib berkata jika pemimpin UMNO tidak mengenal dan mempelajari sejarah, mereka boleh mengulangi kesilapan masa lalu.

"Oleh itu, mari kita kenang jasa veteran UMNO dan juga pelajari nilai-nilai perjuangan mereka," katanya.

Beliau juga meminta semua anggota parti memberi sepenuh sokongan kepada sesiapa sahaja calon yang terpilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umu akan datang.

Semua pemimpin dan anggota komponen BN seharusnya memiliki nilai dan prinsip yang sama, katanya.

Sejurus selepas itu, Najib menikmati jamuan makan petang bersama-sama 300 veteran UMNO Bahagian Pasir Salak dengan disertai juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Mohd Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan