MB Perlis Yakin Parlimen Arau Terus Kekal Di Tangan BN

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yakin kerusi Parlimen Arau akan terus dikuasai Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 meskipun pakatan pembangkang meletakkan sasaran untuk merampas kerusi itu.

Beliau yang juga Pengerusi BN Perlis berkata, walaupun pembangkang melakukan pelbagai usaha untuk menawan kerusi itu dan menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen itu namun menurutnya, rakyat akan membuat pilihan bijak dengan memberi sokongan kepada parti yang memerintah.

Beliau menyatakan demikian di sini, Sabtu, ketika diminta mengulas hasrat pembangkang untuk menawan kerusi Parlimen Arau melalui penubuhan ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tambun Tulang yang merupakan kawasan DUN yang dianggap paling kukuh dalam Parlimen Arau.

Kerusi DUN Tambun Tulang tidak pernah tewas kepada pembangkang dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga bekas Menteri Besar Perlis adalah penyandang kerusi itu.

Pembangkang yang kini menguasai dua daripada lima kerusi DUN di kawasan Parlimen Arau dikatakan yakin dapat menambah lagi kerusi pembangkang termasuk menguasai kerusi parlimen.

Md Isa berkata, sebelum ini kawasan Tambun Tulang telah mempunyai ranting PAS tetapi rakyat terus memberi kepercayaan kepada BN pada setiap kali menjelang pilihan raya umum.

Katanya, jentera BN akan terus bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang bukan sahaja untuk mempertahankan tiga kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen dalam bahagian Arau, malah mahu merampas kembali dua kerusi yang dikuasai pembangkang iaitu kerusi DUN Sanglang dan Simpang Empat.

Sebelum itu, Md Isa menghadiri Program Gerak Tumpu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Perlis yang berlangsung di Kampung Jarak dekat sini.

Program anjuran bersama Kemas dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jarak itu turut dihadiri isteri Menteri Besar Perlis, Datin Seri Asiah Asmni. A siah turut mengadakan demonstrasi memasak nasi ambeng yang merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa sehingga turut memikat orang ramai mencubanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan