Jutawan Jadi Kaya Kerana Dasar Negara - Najib - Berita Semasa | mStar

Jutawan Jadi Kaya Kerana Dasar Negara - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jutawan Malaysia menjadi kaya disebabkan dasar dan kestabilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu.

"Saya melihat akhbar semalam ... senarai jutawan Malaysia. Saya teliti setiap seorang daripada mereka. Mungkin ada beberapa di dalam bilik ini hari ini. Setiap seorang daripada mereka menjadi kaya kerana dasar kita," kata beliau ketika merasmikan persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" yang dianjurkan bersama oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di sini.

Najib berkata, jutawan ini sama ada memegang konsesi atau berada pada tempat betul dan masa yang tepat.

Beliau berkata, jutawan mendapat manfaat daripada kestabilan Malaysia dan kerajaan akan terus memastikan pertumbuhan dan mewujudkan lebih banyak peluang.

Menurut Najib, Cina Malaysia lebih bersikap keusahawanan berbanding Bumiputera dan kerajaan akan terus menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik untuk menjalankan perniagaan.

"Walaupun mereka tidak mendapat konsesi, mereka perlu berada di tempat yang betul dan pada masa yang tepat. Mereka mendapat manfaat daripada dasar kita, mereka mendapat faedah daripada kestabilan yang kita berikan kepada negara ini.

"Kita akan terus memastikan negara akan berkembang dan akan mewujudkan lebih banyak dan banyak lagi peluang," kata beliau.

Najib juga berkata, kerajaan akan terus mendengar masalah orang Cina Malaysia.

"Kita akan memastikan terdapat lebih banyak peluang kepada mereka untuk maju dalam negara ini, " kata beliau lagi. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan