Jabatan Agama Islam Negeri Perlu Pergiat Perangi Isu Murtad - Jamil Khir - Berita Semasa | mStar

Jabatan Agama Islam Negeri Perlu Pergiat Perangi Isu Murtad - Jamil Khir

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Jabatan Agama Islam di setiap negeri diminta supaya lebih proaktif dalam usaha memerangi isu murtad yang kian meruncing di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata jabatan itu perlu bergerak mencari serta memantau usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan anti-Islam memurtadkan orang Islam di negara ini melalui pelbagai cara.

"Kita perlu dedahkan isu ini untuk memberi peringatan kepada masyarakat Islam di negara ini agar tidak terperangkap dengan isu murtad ini dan usaha mencegah perlu dilakukan sebelum ia melarat," kata beliau ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai pergerakan di laman sosial yang menggalakkan murtad.

Jamil Khir berkata pihaknya sebelum ini telah mewujudkan satu jawatankuasa untuk memantau dan memastikan jika ada orang Islam dimurtadkan, tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Beliau menyeru kepada semua jabatan agama agar mewujudkan jawatankuasa yang sama dan mempunyai kepakaran cukup untuk sama-sama memerangi isu murtad. Laporan sebuah akhbar hari ini menyatakan sekumpulan penyokong murtad Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah kelab di 'facebook' bagi meraih sokongan, malah pengendalinya turut menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Terdahulu Jamil Khir yang hadir pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul, mengimamkan solat Jumaat bersama kira-kira 100 jemaah di Majlis Al-Munirah Pokok Tai dekat sini, Jumaat. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan