Institusi Memandu Diminta Sedia Pakej Belajar Lebih Komprehensif

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Institusi memandu diminta menyediakan pakej belajar memandu lebih komprehensif dengan memberi tumpuan melahirkan pemandu berhemah di samping mempertingkatkan usaha menangani isu keselamatan di jalan raya.

Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar berkata, usaha tersebut perlu berikutan jumlah saiz calon yang layak mendapatkan lesen memandu semakin bertambah secara purata kira-kira satu juta pelajar sekolah dalam tingkatan empat dan lima layak memperolehi lesen.

"Pengguna kini mempunyai pilihan sama ada kenderaan automatik atau manual sebagai kenderaan ujian memandu dan terpulang kepada insitusi memandu menyediakan pakej mereka.

"Kita tidak boleh lari daripada proses kemajuan di bidang teknikal seperti dilihat di negara maju bas-bas menggunakan gear automatik dan sistem sejagat atau 'Global Positioning System (GPS)'," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung PIMA ke-12 di sini Sabtu.

Mesyuarat dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Mat Aris berkata, pemandu di negara ini kini berjumlah 12.7 juta termasuk 527,198 pemandu baru yang memiliki lesen percubaan (CDL) pada tahun lepas.

Beliau mengesyorkan satu jawatankuasa khas dibentuk di Kementerian Pengangkutan dalam menyediakan piawaian kurikulum nasional bagi Keselamatan Jalan Raya dalam usaha mengurang kadar kemalangan di negara ini.

"Dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), PIMA telah membentangkan resolusi memohon piawaian tersebut bagi semua peringkat daripada sekolah rendah hingga ke industri latihan memandu dan pemandu komersial seperti terdapat di negara maju yang terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan," katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Musa berkata kerajaan negeri memuji dan menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dan pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik membuktikan iltizam kerajaan dalam mempertingkatkan aspek keselamatan pengguna jalan raya.

"Namun, usaha kerajaan menambahbaik pengangkutan awam tidak akan tercapai jika pengusaha institusi memandu tidak memainkan peranan mereka " katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Yee.

Musa berharap PIMA terus bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meningkatkan kurikulum serta piawai latihan kepada pemandu kenderaan awam dalam menambahbaikkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan