Debat Dr Chua-Lim: Bukan Siapa Menang Atau Kalah Tetapi Isu Yang Diperjuangkan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Debat antara Dr Chua (kiri) dan Lim di Berjaya Times Square pada Sabtu. - ilustrasi pada muka depan akhbar The Star bertarikh 17 Februari 2012.
Debat antara Dr Chua (kiri) dan Lim di Berjaya Times Square pada Sabtu. - ilustrasi pada muka depan akhbar The Star bertarikh 17 Februari 2012.

KUALA LUMPUR: Debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Sabtu adalah untuk memberi pemahaman yang lebih jelas kepada rakyat terhadap pendirian kedua-dua parti mengenai isu-isu yang diperjuangkan mereka terutamanya ekonomi dan pendidikan.

Pendekatan yang dilaksanakan oleh Dr Chua itu akan menjadi pertemuan bersejarah yang dapat melihat rentak dua parti itu menerusi kempen mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini (debat) bukanlah sesuatu yang begitu emosi. Ia bukan siapa yang menang atau kalah,” kata Dr Chua pada malam Jumaat sehari sebelum perdebatan yang diadakan di Berjaya Times Square di sini pada Sabtu.

“Saya berharap para penyokong dari kedua-kedua pihak tahu bagaimana untuk menjaga diri mereka kerana ia akan dilihat oleh seluruh negara,” katanya lagi.

Beliau yang dahulunya seorang doktor dan kini bergelar sebagai ahli politik itu tidak sabar untuk debat itu kerana ia merupakan pertama kali bagi dua tokoh pemimpin Cina terlibat dalam perdebatan yang diadakan menerusi siaran langsung.

Sementara itu, Lim di Georgetown pula berkata, beliau telah mempersiapkan segala “fakta dan perangkaan” sebagai persediaan baginya dalam debat itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang akan terbang ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan pukul 1.30 petang pada Sabtu berkata, debat itu seharusnya merupakan pertikaian mengenai idea, cita-cita dan prinsip.

Lim yang merupakan seorang akauntan terlatih menyifatkan Dr Chua sebagai “pendebat yang bukan calang-calang” namun mengatakan: “kemahiran dalam debat bukan sahaja menjadi persoalannya. Kita akan melihat fakta dan angka yang ‘berdebat’ untuk mereka.”

Dr Chua dan Lim akan bertemu dalam debat dengan topik “Adakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua bangsa?” bermula pada pukul 5 petang.

Perdebatan itu merupakan kemuncak Forum "Cina Malaysia di Persimpangan Politik menjelang pilihan raya umum akan datang yang dianjurkan bersama oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), kumpulan pemikir MCA dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Polisi (Insap).

Pertemuan itu akan bermula dengan pengiraan undi bagi menentukan pendebat pertama.

Formatnya berdasarlam sistem tiga soalan di mana moderator akan mengemukakan soalan pertama kepada para pendebat dan masing-masing akan diberi tiga minit untuk membahas.

Soalan berikutnya pula akan diterima dari dewan setiap tiga minit manakala tempoh tiga minit lagi diperuntukkan untuk dibahaskan.

Akhir sekali adalah perdebatan antara Dr Chua dan Lim, masing-masing akan mengemukakan satu soalan dan tempoh tiga minit diberikan untuk diperdebatkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan