Bekas MP Hulu Langat Badrul Hisham Aziz Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Allahyarham Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz. Foto AgendaDaily.
Allahyarham Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz. Foto AgendaDaily.

PETALING JAYA: Bekas ahli parlimen Hulu Langat yang juga bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Serdang pada lebih kurang jam 3.50 petang Jumaat.

Beliau mengidap pelbagai jenis penyakit dan kerap dimasukkan ke hospital berkenaan sejak akhir-akhir ini.

Badrul yang berkhidmat selama dua penggal mewakili Barisan Nasional (BN) adalah juga bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Langat.

Allahyarham yang berkelulusan ijazah sarjana muda sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai akhbar Kumpulan Utusan sebagai wartawan kadet pada 15 Februari 1984.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ketika di Utusan ialah sebagai penolong pengarang berita.

Pada tahun 1995, ketika masih berkhidmat di meja penyunting Utusan Malaysia, Badrul telah dicalonkan mewakili BN dalam pilihan raya umum tahun itu.

Beliau sekali lagi bertanding mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum 1999 dan menang.

Selepas menamatkan perkhidmatan selama dua penggal sebagai ahli Dewan Rakyat, Badrul bersara dari politik selepas parlimen dibubarkan pada tahun 2004 dan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2007 kembali menyertai dunia kewartawanan bersama portal berita Agenda Daily sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beliau mempunyai sebuah kolum bersama portal berita berkenaan dan kali terakhir mengemaskini kolumnya itu ialah pada Selasa lepas.

Kolumnya banyak mengisahkan tentang pengalaman masa silamnya sebagai seorang wartawan dan juga wakil rakyat.

Allahyarham juga akan dikenang sebagai seorang wartawan yang adventurous, kelakar, mesra, mempunyai ramai kawan dan kenalan serta seorang kawan yang setia dan kuat ingatan.

Jenazahnya telah dibawa balik ke rumahnya di No.12, Jalan 2/1 G, Bandar Baru Bangi, Selangor dan akan dikebumikan esok.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan