SPR Tidak Buat Eksesais Persempadanan Semula

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melaksanakan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selesai, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata perkara itu diputuskan kerana SPR mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha bagi melicinkan urusan pilihan raya umum yang akan datang.

"Ia tak akan dilaksanakan. Petugas SPR tidak ramai dan kami tidak berupaya untuk melaksanakan kedua-dua tugas yang besar sekaligus iaitu pilihan raya umum dan persempadanan semula. Jadi pada masa ini tumpuan SPR ialah pilihan raya umum. "Sekiranya ia dilaksanakan ia mesti disiapkan dalam tempoh dua tahun. Kita tidak mahu sekiranya ia sedang dilaksanakan, dengan tiba-tiba Parlimen dibubar dan ini akan menimbulkan masalah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Katanya persempadanan semula yang sebelum ini dikaji untuk dilaksanakan sejak tahun lepas hanya akan diadakan selepas PRU ke-13. Mengikut Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan tempoh lapan tahun selepas kali terakhir persempadanan semula kawasan pilihan raya telah tamat pada 21 Mac tahun lepas dan membolehkan persempadanan semula dilakukan lagi.

Sebelum ini, Abdul Aziz dipetik sebagai berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya bukannya satu kemestian diadakan dalam tempoh lapan tahun.

Kali terakhir persempadanan semula dilaksanakan ialah pada 2003. Pilihan raya umum ke-11 diadakan pada 2004.

Menurut fakta SPR, persempadanan semula dilakukan pada 1958, 1974, 1984, 1994 dan 2003.

Semua persempadanan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun kecuali antara 1958 hingga 1974 (16 tahun) dan 1994 hingga 2003 (sembilan tahun).

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, antara sebab persempadanan semula perlu dilakukan ialah mengikut prinsip perlembagaan itu sendiri di bawah bahagian 1 jadual 13, kemudahan yang diperlukan untuk pemilih.

Antara sebab yang memerlukan persempadanan semula dilakukan ialah kemudahan yang diperlukan bagi pemilih bertambah, kebolehan pentadbiran SPR untuk mengadakan persempadanan semula, jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap kawasan pilihan raya di sesuatu negeri dan apabila keadaan perhubungan yang sukar.

Persempadanan semula perlu persetujuan dua pertiga daripada jumlah kesemua anggota Dewan Rakyat dan sekiranya anggota tidak bersetuju ia tidak boleh dilaksanakan.

Keadaan yang sama akan digunakan di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan memerlukan majoriti dua pertiga untuk pindaan persempadanan semula. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan