Sabah Bukan Lagi Negeri Termiskin - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Sabah, yang mengalami perubahan besar dalam lanskap pembangunan dan ekonomi sejak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 1963, bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Waktu itu (1963) mungkin lebih 70 peratus rakyat Sabah boleh dikatakan miskin, daif dan papa kedana. Namun selepas sekian lama, Sabah tidak lagi merupakan negeri yang miskin.

"Mengikut perangkaan, purata pendapatan per kapita negeri ini kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur di Kampung Nala, Tungku, 60 kilometer dari sini, Jumaat.

Najib berkata ini adalah hasil agenda pembangunan negara yang jelas dan berkesan termasuk yang terbaru iaitu Program Transformasi Negara yang bakal merubah masa depan rakyat.

"Transformasi pembangunan negara ini kita lancarkan kerana kita mahu ubah segala-galanya macam Kampung Nala ini (yang sebelum ini kawasan bakau sahaja).

"Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan sehingga kita sifarkan miskin tegar yang ada. Dulu ada 30,000 rakyat Sabah yang miskin tetapi hari ini hanya tinggal 7,000," katanya.

Najib berkata walaupun masih ada yang miskin, kejayaan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani masalah kemiskinan di Sabah adalah hebat dan besar. "Cuba tengok Kampung Nala ini, nilai setiap rumah yang disediakan lebih RM42,000 dan ini tidak termasuk nilai tanah, elektrik dan air yang menjangkau lebih RM60,000 dan semua ini kita berikan secara percuma kepada mereka yang terlibat.

"Mereka tidak membayar satu sen pun. Mana ada kerajaan di dunia yang ada program seperti ini?" katanya.

Perdana Menteri berkata program itu berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

"Dalam konteks ini, Felda memberi sumbangan RM22 juta untuk menjayakan projek Mesej di Nala dan tiap-tiap tahun Felda memperuntukkan RM50 juta kepada kerajaan negeri untuk memperjuangkan nasib rakyat Sabah," katanya.

Najib berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga melaksanakan pelbagai program pembangunan di seluruh negeri Sabah.

"Bagi tahun ini sahaja, 15,455 rumah (di bawah program bantuan rumah), lebih 68,000 rumah dapat bekalan air luar bandar dan 458 kilometer jalan akan dibina di seluruh Sabah.

"Ini ditambah lagi dengan pelbagai projek pembangunan kerajaan negeri termasuk 50 projek Mesej di seluruh negeri yang pasti akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya.

Najib mengajak rakyat Sabah supaya terus memberi sokongan padu kepada B Npada pilihan raya umum akan datang demi kesinambungan pembangunan untuk faedah mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan