Rosmah Sampai Pesanan Najib Minta Persatuan Wanita Terus Sokong BN

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan-persatuan Wanita peringkat kawasan Parlimen Kalabakan di sini, pada Jumaat menyampaikan pesanan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya persatuan-persatuan wanita terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Isteri Perdana Menteri berkata suaminya berpesan bahawa sokongan berterusan daripada persatuan-persatuan wanita amat penting demi kemenangan BN pada pilihan raya umum nanti bagi membolehkan parti itu terus berkuasa dan meneruskan agenda pembangunan demi keselesaan rakyat di negara ini termasuk di Tawau.

"Tidak ada kerajaan lain yang boleh membantu dan mempertingkatkan lagi kualiti kehidupan kita selain daripada BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib). Jadi esok, jangan lagi nak tukar-tukar (kerajaan) sebab nanti kalau tukar, langsung kita tidak dapat apa-apa.

"Kita tengok apa yang terjadi di beberapa negara yang asalnya nak tukar (kerajaan) tetapi sehingga sekarang (rakyatnya) masih bergaduh. Saya juga sentiasa beri nasihat kepada mereka di Semenanjung, saya kata janganlah tukar, apa yang ada ini elok dah. Alhamdulillah, kita semua boleh makan, pakai, anak-anak boleh pergi ke sekolah, apabila ke klinik (hospital) kerajaan bayar.

"Tidak ada negara lain yang (apabila) kita sakit kerajaan bayar (untuk rawatan), apabila anak hendak ke sekolah kerajaan bayar dan macam-mama subsidi lagi yang kita dapat. Inilah kerajaan yang terbaik untuk kita," katanya ketika berucap pada majlis itu yang diadakan di kediaman Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Rosmah meminta anggota parti komponen BN di peringkat akar umbi supaya tidak bertelagah sesama sendiri dan menyokong sesiapa sahaja calon peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan BN demi kemenangan parti itu dalam pilihan raya nanti.

Beliau berkata Najib juga berpesan kepada anggota dan kepimpinan parti komponen BN supaya mengutamakan kesetiaan kepada negara, parti dan pemimpin melebihi kepentingan diri sendiri.

Menurut Rosmah suaminya meminta beliau menyampaikan kepada seluruh anggota dan kepimpinan BN supaya mereka bersatu hati dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada parti, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum, kerana pada ketika itu tenaga mereka amat diperlukan oleh parti.

"Ini pesan (Perdana Menteri), tolong beritahu orang di sana bahawa kesetiaan kepada negara, kesetiaan kepada pemimpin adalah amat mustahak. Datuk Seri Najib kirim salam kepada semua yang hadir kerana tidak dapat bersama," kata Rosmah.

Najib, yang sedang melakukan lawatan dua hari ke Sabah mulai semalam, hari ini merasmikan Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur di Kampung Nala, Tungku, dan melawat Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC), kedua-duanya di Lahad Datu iaitu kira-kira 190 kilometer dari sini.

Rosmah menasihatkan persatuan-persatuan wanita di Sabah supaya tampil sebagai pertubuhan paling utama memperjuangkan ehwal wanita di negeri itu dengan menterjemahkan segala objektik persatuan dalam bentuk strategi dan pelaksnaaan bagi memastikan mereka kekal relevan.

Katanya persatuan wanita perlu terus berusaha mengurangkan jurang taraf antara wanita di bandar dan di desa meskipun tidak dinafikan sudah begitu ramai wanita berjaya dalam pelbagai sektor sejak negara mencapai kemerdekaan.

Beliau berkata tahap pencapaian wanita masih perlu ditambah kerana masih banyak ruang dan lapangan yang mampu diperjuangkan dan diterokai wanita demi kesejahteraan mereka sendiri seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat keseluruhannya.

"Saya mahukan rakyat merasakan kehadiran saudari-saudari dalam hidup mereka, yakni hendaklah memberi khidmat yang rakyat dapat rasai, dapat sentuhi dan dapat membawa makna kepada kehidupan mereka. Ia bukan sahaja mencetuskan perasaan mesra tetapi juga mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pemimpin masyarakat dan orang ramai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan