Pemuda PAS Permatang Pauh Berang Anwar Sokong Israel, Mahu Keluar Parti

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Pemuda Pas Cawangan Permatang Pauh, Mohammad Hafiz Nordin yang berang dengan pendirian ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, menggesa kepimpinan Pas supaya menamatkan hubungan dengan pakatan pembangkang.

Mohammad Hafiz, yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, hari ini menyertai berpuluh-puluh anggota Dewan Pemuda Pas negeri mengadakan demonstrasi dengan memegang poster tertulis "Anwar Pengkhianat", "Singkir Anwar", "Anwar Sokong Penceroboh" dan "Anwar Agen Israel".

Demonstrasi itu, yang berlangsung selama 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Sheikh Eusoff di Jalan Datuk Keramat di sini, turut disertai anggota beberapa NGO seperti Persatuan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri (PAJIM) dan Perkasa.

Anwar sebelum ini dipetik oleh akhbar antarabangsa Wall Street Journal sebagai berkata bahawa beliau menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan Israel.

Mohammad Hafiz berkata sudah tiba masanya Pas keluar daripada pakatan pembangkang dan tidak terpengaruh dengan percaturan politik Anwar. "Pendirian kami terhadap Israel adalah jelas. Pakatan (pembangkang) telah terkeluar dari landasan perjuangan parti dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Cukup-cukuplah (Pas) mengadakan hubungan dengan orang sebegini (Anwar)," katanya. Mohammad Hafiz berkata pendirian Pas ialah kewujudan negara Israel dianggap haram dan ia tidak harus diberi sebarang hak.

Beliau berkata kenyataan Anwar itu sangat memeranjatkan dan mengecewakan semua umat Islam di negara ini dan negara-negara Islam lain.

"Sikap Anwar yang berdolak-dalik tidak harus diterima sebagai sifat-sifat asas seorang pemimpin," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan