Muhyiddin Lawat P.Pinang Esok

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari di Pulau Pinang esok.

Menurut kenyataan dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dijadual tiba di negeri ini pada sebelah pagi.

Timbalan Perdana Menteri memulakan lawatannya dengan mengadakan tiga perjumpaan tertutup iaitu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman, Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri dan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri.

Muhyiddin dan rombongan kemudian akan menghadiri jamuan tengah hari Kenduri Rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat Balik Pulau dekat sini.

Timbalan Perdana Menteri juga dijadual merasmikan program Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini. Sementara itu, Noorainee pula dijadual menghadiri dua majlis berasingan iaitu bermula dengan Sarapan Pagi dan Ramah Mesra bersama Puspanita dan pemimpin-pemimpin Persekutuan Wanita Pulau Pinang di Anjung Indah, Balik Pulau.

Beliau kemudiannya menghadiri majlis ramah mesra bersama ahli Pusat Perkembangan Wanita Nelayan (KUNITA) di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau sebelum menyertai Muhyiddin di majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri dan rombongan dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada sebelah petang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan