Ketua Publisiti DAP Mohon Maaf Atas Kenyataan 'Pertemuaan Disertai Habuan'

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Publisiti DAP Hew Kuan Yau hari ini memohon maaf atas kenyataannya yang menyinggung ramai pengamal media tetapi menyalahkan musuh politiknya atas "beberapa interpretasi yang diputarbelitkan" yang menjadi punca pertikaian.

Baru-baru ini, Hew membuat dakwaan yang menggambarkan "pertemuan disertai habuan antara wartawan tempatan dan BN (Barisan Nasional)" dalam laman sosialnya sehingga menimbulkan kontroversi dengan ramai yang berkata ia sama dengan melabelkan wartawan sebagai "pelacur".

"Compensated dating" (pertemuan disertai habuan) adalah satu terjemahan harfiah daripada perkataan Jepun "Enjo-kosai" yang bermakna tidak mempunyai kehormatan diri sebagai pertukaran untuk keuntungan kebendaan.

"Saya dengan ini secara terbuka memohon maaf secara ikhlas atas "analogi" yang saya keluarkan, yang menyinggung ramai pengamal media yang jujur.

"Saya tidak pernah berniat menimbulkan rasa malu kepada ramai di kalangan pengamal media yang jujur di Malaysia. Saya benar-benar kesal apabila kontroversi itu berkembang, ramai rakan-rakan saya dari media berasa kecewa dengan beberapa interpretasi yang diputarbelitkan yang dimainkan oleh musuh (musuh) saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Pelbagai organisasi media secara terbuka meminta Hew mengemukakan identiti wartawan yang dirujuknya dan meminta jawatankuasa disiplin parti itu supaya mengambil tindakan disiplin jika dia gagal mengemukakan bukti.

Dilaporkan apabila kenyataan Hew disiarkan, pengerusi jawatankuasa disiplin parti Tan Kok Wai berkata tiada tindakan akan diambil terhadapnya kerana dia hanya menyatakan hakikatnya.

Minggu lepas, Hew memohon maaf dalam Facebooknya dan menegaskan bahawa kenyataan itu adalah pandangan peribadinya dan bukan pendirian rasmi DAP.

Bagaimanapun, permohonan maafnya menimbulkan kemarahan kerana menyatakan dia hanya "memohon maaf kerana menyebabkan kontroversi dengan menyatakan perkara sebenar".

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) akan mengadakan sidang perwakilan luar biasa pada 3 Mac bagi mengambil pendirian tegas terhadap kenyataan Hew yang melabelkan wartawan sebagai "pelacur". -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan