Kerajaan Akan Tambah Pengambilan Pelajar OKU Di Sekolah Harian - Puad Zarkashi

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan meningkatkan pengambilan pelajar orang kurang upaya (OKU) bukan tegar di sekolah harian daripada 7.5 peratus kepada 30 peratus pada masa hadapan.

Timbalan Menteri berkenaan Dr Mohd Puad Zarkashi berkata langkah itu bagi melibatkan kira-kira 28,000 pelajar OKU bukan tegar iaitu tidak cacat penglihatan dan pendengaran dalam pendidikan inklusif di sekolah harian.

"Matlamat utama kita menggalakkan pelajar OKU ini belajar bersama pelajar normal dan diajar oleh guru biasa, ialah untuk mewujudkan daya saing selain boleh memotivasikan diri mereka sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Motivasi Pengurusan Pembelajaran Strategik Pelajar Tingkatan 5, di sini, Jumaat.

Beliau berkata guru sekolah harian perlu didedahkan dengan teknik mendidik pelajar OKU bukan tegar ini, termasuk daripada segi mengawal emosi dan tahap motivasi.

Menyentuh perhimpunan ibu bapa yang menyokong Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Dataran Petaling Jaya bulan depan, Mohd Puad berkata kementerian tetap dengan keputusan memansuhkan PPSMI.

Beliau juga berkata kementerian akan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris selaras dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menggantikan PPSMI. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan