Jual Tanah Di P.Pinang: Guan Eng Harus Letak Jawatan Ketua Menteri

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang pada Jumaat mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata UMNO mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebusguna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu. Menurutnya kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.

Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika UMNO boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.

Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos murah.

"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000 hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC,"katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan