Isu Pasir: Noh Cadang Kerajaan Selangor Wujud "Mahkamah Rakyat"

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mencadangkan kerajaan negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengadakan 'mahkamah rakyat' atau inkuiri berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata, beliau sendiri akan hadir dan tampil bersama dokumen-dokumen dan saksi-saksi yang ada jika kerajaan negeri setuju perbicaraan rakyat atau inkuiri itu diadakan.

Beliau juga mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan jaminan bahawa tindakan akan diambil sekiranya beliau berjaya membuktikan bahawa memang berlakunya rasuah dan penyelewengan di dalam operasi perniagaan dan perlombongan pasir yang dijalankan oleh syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB).

Noh berkata, kalau beliau gagal membuktikan dakwaan itu, beliau juga sedia untuk mematuhi syarat yang bakal dikemukakan oleh kerajaan negeri.

"Adakah Menteri Besar berani, adakah Menteri Besar akan letakkan jawatan, pecat Exco atau pegawai yang bertanggungjawab atau tutup KKSB (jika terbukti melakukan penyelewengan)," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Noh memberikan saranan itu sebagai cadangan balas terhadap kenyataan Abdul Khalid pada Rabu yang memintanya bertemu dengan dua Ahli Lembaga Pengarah Bebas KKSB daripada Transparency International untuk memberikan keterangan dan bukti mengenai dakwaan penyelewengan dan rasuah di dalam operasi KKSB.

Katanya, perbicaraan di "Mahkamah Rakyat" yang disaksikan rakyat adalah lebih adil dan telus daripada beliau memberikan keterangan kepada wakil bebas KKSB.

"Biarlah rakyat menjadi hakim dan mendengar hujah kedua-dua pihak secara langsung dan terbuka tanpa putar belit politik," katanya.

Noh juga berkata, isu pasir yang sebelum ini diketengahkan oleh Anggota Parlimen Kapar dari Parti Keadilan Rakyat, S.Manikavasagam telah dibawa ke peringkat inkuiri SELCAT.

Akhbar sebelum ini melaporkan inkuiri itu telah berlangsung pada 2 dan 3 Jun 2010 tetapi Manikavasagam tidak dibenarkan mengemukakan dua orang saksi utamanya.

Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Khim tidak membenarkan Manikavasagam mengemukakan saksi-saksi itu kerana jawatankuasa SELCAT tidak menerima kenyataan bertulis daripada mereka.

Bagaimanapun pada keesokan harinya (4 Jun 2010) Teng dilaporkan berkata, siasatan jawatankuasa itu mendapati tiada bukti berlaku rasuah dalam syarikat perlombongan pasir milik kerajaan negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan