Israel: Kenyataan Anwar Tidak Boleh Jadi Penyebab Pecah Belah Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan yang dibuat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Israel tidak boleh dijadikan penyebab oleh pihak tertentu untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, walau wujud perbezaan pendapat dan prinsip di antara dua parti berhubung isu tersebut, Pemuda PAS tetap tegas dengan pendirian tidak akan mengiktiraf negara haram Israel.

"Kita telah terlebih awal beri penegasan bahawa Israel sebuah entiti haram yang dibentuk di atas penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam di Palestin.

"Sebagai umat Islam kita tak boleh terima cara yang dilakukan Israel. Kita tak boleh iktiraf," katanya pada sidang media yang diadakan di bangunan Ibu Pejabat PAS, dekat sini, Jumaat.

Menurut Nasrudin, mereka sentiasa menghormati pandangan masing-masing dalam apa jua isu termasuklah keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menggesa Anwar menarik balik kenyataannya mengenai Israel yang dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu.

Tambah beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz kepada Anwar juga dilihat sebagai perkara biasa.

"Teguran, nasihat adalah perkara normal. Nasihat orang yang lebih tua kepada yang lebih muda. Baguslah saling nasihat-menasihati dalam parti," katanya.

Dewan Pemuda PAS sebelum ini mengingatkan Anwar dan mana-mana pihak supaya menjaga sensitiviti umat Islam pada setiap masa.

"Isu Palestin begitu dekat di hati umat Islam, mengguris hati rakyat Palestin bererti mengguris hati keseluruhan umat Islam," kata satu kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya akan tetap bersama pejuang Islam dan rakyat palestin terutama Hamas yang sudah lama berusaha membebaskan tanahair mereka dari cengkaman Israel.

"Kalau kita beri pengiktirafan bermakna kita lukakan atau mengkhianati perjuangan suci mereka yang dibina sejak sekian lama," jelasnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan