Demi Laba Politik, PAS Sentiasa Cuba Burukkan PM - Latt Shariman

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pas adalah parti hipokrit kerana pemimpinnya sentiasa mengambil kesempatan memburukkan orang lain, kata Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah.

Katanya demi laba politik, pemimpin-pemimpin Pas sanggup menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perbuatan syirik hanya kerana beliau memakai kurta (pakaian tradisi kaum India) dan memasuki dewan di Batu Caves semasa Thaipusam.

"Pemimpin pemimpin Pas seperti ini berfikiran sempit, tidak tahu membezakan antara agama dan budaya....hanya tahu ambil kesempatan. Tidak salah Perdana Menteri menemui mereka untuk ucap selamat menyambut Thaipusam.

"Kehadiran Najib di Batu Caves baru-baru ini adalah atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri bagi semua kaum negara ini," kata Latt Shariman kepada Bernama selepas meninjau pembinaan kuil Agasa Mariamman, Anak Bukit di sini, Jumaat.

Dua hari lepas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan kehadiran Perdana Menteri pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak kerana sebagai pemimpin tidak salah untuk Najib bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara berkaitan dengan adat. Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Kedah berkata selain itu, pemakaian bunga malai oleh orang India kepada tetamu mereka adalah budaya atau adat mereka.

Mengenai kuil tersebut, beliau berkata kerajaan negeri pimpinan Pas tidak memberi sebarang sumbangan bagi menyiapkannya.

Tapak kuil kira-kira 7,200 meter persegi itu diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk bantuan RM400,000 pada 2008 untuk menggantikan kuil berhampiran yang dipindahkan kerana pembesaran jalan pada 2008.

Latt Shariman berkata beliau akan memajukan permohonan jawatankuasa kuil itu bagi memohon bantuan kewangan daripada kerajaan pusat.

Pengerusi kuil, G.S. Narayanasamy berkata pihaknya memerlukan RM760,000 bagi menyiapkan kuil itu berikutan kosnya meningkat hampir sekali ganda berikutan kenaikan harga bahan binaan dan upah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan