14 Kerusi Parlimen Sasaran KPI BN Pahang

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang yakin mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu memenangi semua 14 kerusi parlimen yang dipertandingkan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata KPI itu ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga mahu BN Pahang terus berkuasa di negeri ini.

"Dalam perjumpaan tertutup bersama Badan Perhubungan Umno Pahang bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuantan semalam, beliau (Muhyiddin) berkata Perdana Menteri telah menetapkan KPI BN Pahang ialah 14 kerusi parlimen dan kekalkan kerajaan Barisan Nasional di Pahang.

"Kita yakin akan mencapai KPI itu 100 peratus berkat usaha berterusan Umno dan seluruh parti komponen BN di Pahang," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Jumaat.

Mohd Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pada pilihan raya umum 2008, BN tewas di dua kerusi parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota.

"Kita yakin dua kerusi itu akan berjaya ditawan semula," katanya.

Beliau berkata secara umumnya, BN Pahang telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang penting ialah semua parti komponen BN di Pahang bekerja kuat dan bersatu bagi memastikan rakyat terus menyokong kepimpinan BN," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, BN Pahang memenangi 37 daripada 42 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

Semalam, Muhyiddin berkata Perdana Menteri telah meletakkan KPI untuk semua badan perhubungan BN dalam persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Harapan kita bila ada KPI, pimpinan negeri dan bahagian akan beri tumpuan untuk capai KPI yang ditetapkan atau capai lebih baik daripada itu," kata Muhyiddin. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan