Tiga Pertubuhan Diterima Anggota Bergabung BN

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Wawasan Generasi Felda antara tiga pertubuhan yang diluluskan menjadi anggota bergabung Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, dua lagi pertubuhan yang diluluskan ialah Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Tiga pertubuhan itu merupakan antara 11 permohonan yang diterima oleh BN untuk menyertai sebagai anggota bergabung, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Najib berkata, permohonan lapan lagi pertubuhan sedang diproses dan ditapis oleh Jawatankuasa Pengurusan BN.

Beliau berkata, mesyuarat malam ini turut dimaklumkan bahawa program latihan dan penerangan yang disusun atur telah berjalan lancar, serta lawatan yang dibuat oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat sambutan sangat yang menggalakkan di peringkat negeri.

Mengenai Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 26 Februari ini, Najib menjelaskan, setiap pihak mempunyai hak untuk berhimpun mengikut Akta Perhimpunan Aman.

"Buat apa nak atasi (perhimpunan ini), masing-masing ada hak untuk berhimpun di bawah Akta Perhimpunan Aman, jadi berhimpunlah atas undang-undang yang sedia ada.

"Buat apa kita nak bertindak, kita ada program kita sendiri, kita punya perhimpunan pun lagi ramai, lagi besar. (Biarlah) dia buat hal dia, kita buat hal kita," katanya.

Mengulas laporan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menyatakan hasratnya untuk tidak meletak jawatan, Najib berkata: "Tidak, belum dibincangkan lagi. Ia adalah hak mutlak Perdana Menteri". BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan