SPRM Siasat Wakil Rakyat Di Kedah Minta Wang Sogokan

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap dakwaan bahawa wakil rakyat Pakatan Rakyat meminta rebat sebanyak 30 peratus daripada peruntukan kerajaan negeri Kedah dengan seorang ahli perniagaan disoal siasat mengenai wang sogokan.

Pengarah SPRM Kedah, Mohamad Yusoff Akope berkata, beberapa pegawainya telah bertemu dengan lelaki berusia 55 tahun itu untuk menemu bualnya tetapi dia enggan menjelaskan dengan lebih lanjut memandangkan siasatan sedang dijalankan.

Katanya, SPRM akan menyiasat aduan yang dibangkitkan beberapa pertubuhan Cina ketika sesi dialog dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Sungai Petani, malam Jumaat lalu.

Beliau berkata, SPRM akan menjalin kerjasama dengan MCA negeri itu dan Gerakan yang menerima aduan daripada beberapa pertubuhan Cina bahawa mereka telah diminta untuk membayar wang sogokan.

"Kami sudah memulakan siasatan tetapi ia berdasarkan apa yang dilaporkan media. Kami sedang mengenal pasti pertubuhan Cina yang membuat aduan kepada MCA dan Gerakan.

"Kami minta pertubuhan itu untuk tampil. Ia membenarkan kami untuk mengumpul bukti kukuh bagi membuka kes ini," katanya kepada The Star, Rabu.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Gerakan, Mohamad Yusoff berkata, SPRM akan melakukan siasatan berasingan mengenai kes itu.

"Setakat ini, tiada laporan dibuat secara langsung dengan SPRM oleh orang ramai," katanya.

Selepas membuat laporan polis di balai polis Alor Setar pada Rabu, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, masih belum memuaskan bagi PKR untuk menjalankan siasatan sendiri.

"Biarlah pihak berkuasa tertinggi menyiasat perkara ini, bukan PKR saja. Polis perlu menyiasat dakwaan ini bagi memastikan dana awam untuk rakyat Kedah dilindungi," katanya.

Pada Isnin, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri, Tan Chow Kang @ Tan Joo Long menggantung tugas pembantunya kerana didakwa meminta 'wang rebat' daripada peruntukan yang diagihkan kepada pertubuhan Cina di Kedah.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, satu siasatan akan dilakukan terhadap dakwaan itu sekiranya ada bukti.

"Kami mengalu-alukan pendedahan mengenai rasuah terhadap mana-mana individu di dalam pentadbiran kerajaan negeri tetapi mestikan disertakan dengan bukti," katanya.

Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menerima peruntukan RM100,000 setiap tahun.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan