Skim Pembiayaan Perumahan Pekerja Estet Kurang Sambutan - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Skim pembiayaan perumahan bagi pekerja estet masih tidak dimanfaatkan sepenuhnya golongan itu, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, sejak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012, skim dengan had pinjaman sehingga RM60,000 pada kadar faedah empat peratus itu masih kurang mendapat sambutan.

"Ketika masih bekerja mereka boleh tinggal di rumah ladang, tetapi bila bersara nanti di mana mereka akan tinggal," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dr Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC ditemui selepas perasmian bilik gerakan pilihan raya MIC Melaka dan majlis penyerahan dokumen di bawah kempen MyDaftar yang dilakukan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Sementara itu mengulas kempen MyDaftar yang dilaksana MIC, Dr Subramaniam berkata, sebanyak 63 permohonan diluluskan di Melaka, melibatkan 44 permohonan kewarganegaraan, 16 sijil kelahiran dan tiga kad pengenalan.

Secara keseluruhan, sebanyak 174 permohonan diterima di negeri ini, namun 50 pemohon gagal mengisi borang dengan lengkap, katanya.

Bagaimanapun kata, Dr Subramaniam, MIC akan berusaha membantu golongan tersebut memperolehi dokumen mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan