PM Ke Sabah Dua Hari, TPM Di Kuantan

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIPITANG: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada Khamis untuk lawatan dua hari ke Sabah.

Antara atur cara Perdana Menteri ialah merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) bernilai RM4.5 bilion di sini.

Beliau kemudian berlepas ke Kota Kinabalu bagi melancarkan Hari Terbuka Koridor Pembangunan Sabah - Program Koridor dan Bandar Raya Serantau.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Pada petangnya Najib akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sabah.

Dalam pada itu, di KUANTAN, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di di sini bagi lawatan kerja sehari.

Beliau dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah pada jam 8.20 pagi tadi disambut Menteri oleh Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan para pemimpin kerajaan negeri yang lain. Muhyiddin kemudian mengadakan perjumpaan tertutup dengan Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang.

Timbalan Perdana Menteri kemudian dijadual merasmikan acara perbarisan sambutan Hari Ulang Tahun ke-7 Maritim Malaysia di Pusat Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di Gebeng sebelum menghadiri Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pusat Rekreasi Air Balok pada tengah hari.

Beliau akan mengadakan perjumpaan khas dengan para pemimpin Barisan Nasional negeri di Kompleks Yayasan Pahang pada sebelah petang sebelum berlepas pulang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan