Pemuda PAS Tolak Dakwat Berbeza Untuk Undian Awal

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal yang berbeza warna bagi pengundian awal dan pengundian biasa pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana masih ada ruang untuk manipulasi dan penipuan sekiranya dakwat berbeza ini digunakan.

"Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalah pengundi yang berganda.

"Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas menegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihan raya umum nanti selain memastikan buku daftar pemilih pengundi diputihkan dan dibersihkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada Rabu dilaporkan berkata, SPR membuat keputusan untuk membezakan warna dakwat kekal bagi undian biasa dan undian awal bagi membantu kelancaran proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan untuk 12.4 juta pengundi pada pilihan raya umum akan datang manakala 10,000 botol dakwat kekal pula adalah untuk pengundi awal termasuk anggota tentera dan polis serta keluarga mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan