Orang Ramai Dinasihat Berurusan Terus Dengan SPAD

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Khamis meminta orang ramai supaya berurusan secara terus dengan mereka dan tidak menggunakan khidmat orang tengah termasuklah dalam membuat bayaran.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ingatan ini merujuk terutamanya bagi urusan untuk mendapatkan lesen pengendali bagi menjalankan perniagaan di dalam industri pengangkutan awam darat.

"SPAD sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka dan telah menyediakan saluran maklumat dan komunikasi yang boleh digunakan oleh orang ramai secara terus dan pada bila-bila masa.

"Ini termasuklah saluran laman sesawang dan juga talian bebas tol SPAD di 1800-88-9600 yang boleh digunakan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu atau datang terus ke pejabat-pejabat SPAD tanpa perlu menggunakan orang tengah," kata Syed Hamid dalam satu kenyataan.

Bagi permohonan lesen baru, pula katanya, orang ramai boleh memuat turun borang permohonan dari laman sesawang (www.spad.gov.my) atau memperolehini dari mana-mana pejabat SPAD di seluruh Semenanjung Malaysia dan kemudian menghantar borang berserta maklumat yang lengkap ke pejabat SPAD yang berdekatan.

Oleh kerana proses ini adalah sangat mudah, orang ramai tidak perlu untuk menggunakan khidmat orang ketiga bagi urusan tersebut, jelas Syed Hamid.

SPAD yang ditubuhkan pada 2010 adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasa dan menambah baik lanskap industri pengangkutan awam darat dengan objektif sentiasa berusaha bagi memudahkan urusan antara SPAD dengan pengusaha agar kualiti perkhidmatan pengangkutan awam darat dapat dimaksimakan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan