Mukhriz Akui Faktor 'Anak Dr Mahathir' Bantu Karier Politik

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau menerima hakikat bahawa faktor beliau anak Tun Dr Mahathir Mohamad membantu karier politik beliau.

Bagaimanapun Anggota Parlimen Jerlun itu berharap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan beliau sendiri.

"Mahu tak mahu saya terpaksa terima hakikat itu satu faktor (anak Dr Mahathir) yang membantu. (Bagaimanapun) saya sedang berusaha atas daya usaha saya sendiri untuk menunjukkan apa yang saya mampu lakukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Tun Abdul Razak di sini, Khamis.

Mukhriz berkata beliau tidak kisah dibayangi bapanya yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan dianggap "anak bapa" sebaliknya menganggapnya sebagai satu penghormatan.

"Saya bangga dengan pencapaian ayah saya. Bukan tempat saya untuk menidakkan apa yang beliau usahakan. Saya takkan kata saya nak keluar daripada bayangan beliau.

"Dah nama saya pun bin Mahathir...itu hakikat tak boleh saya ubah. Saya tak kisah orang nak kaitkan saya dengan beliau. Itu kaitan yang positif.

"Kalau orang nak bandingkan saya dengan beliau, itu jauh sangat. Kita ini baru setahun jagung nak bandingkan dengan beliau," katanya.

Mukhriz berkata sewaktu Dr Mahathir menerajui negara, pembangkang membangkitkan isu nepotisme tetapi kini pihak berkenaan tidak kisah pula untuk melakukannya.

"Waktu itu beliau (Dr Mahathir) bersungguh-sungguh elak nepotisme termasuk saudara maranya tidak boleh aktif dalam politik. Malah itu antara sebab abang saya, Datuk Mokhzani karier politik tersekat...tidak direstui ayah kami.

"Saya pula terpaksa tunggu dia bersara baru bertanding jawatan dalam parti dan pilihan raya. Sebabnya ayah saya tak nak dituduh amal nepotisme, dan mengelakkan konflik kepentingan rakyat dan keluarga.

"Ia berbeza dengan pembangkang. Tak pelik kalau lihat ayah dan anak sebagai ahli Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri. Ada parti yang tiga jawatan tertinggi daripada satu keluarga sahaja.

"Ini tidak pula dibangkitkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan