Jati Tidak Akan Terlibat PRU - Dr Hasan Ali

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dikenali sebagai Jalur Tiga (Jati) tidak akan terlibat dalam politik atau bertanding dalam pilihan raya.

Malah beliau memberi amaran agar ahli Jati supaya tidak mengheret pertubuhan itu bagi meraih sokongan sekiranya mereka bertanding sebagai calon bebas.

Jelasnya, ahli Jati tidak dihalang untuk bergiat aktif dalam politik malah dibenarkan untuk menyertai pilihan raya tetapi bukan atas nama Jati.

"Ahli-ahli Jati yang mahu masuk dunia politik termasuk bertanding dalam pilihan raya, itu tidak ada masalah.

"Mereka bertanding bukan bawa nama Jati, mereka bertanding sama ada mewakili parti-parti pilihan mereka atau bertanding atas nama bebas...itu mereka boleh lakukan.

"Tetapi mereka tak boleh bawa logo atau nama Jati terbabit dalam gerakan politik. Itu kita tak boleh biarkan," katanya pada sidang media pra-pelancaran Jati di sini, Khamis.

Sementara itu ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas tiket bebas, Hasan berkata: "Perkara itu saya akan jawab bila Parlimen dibubarkan."

Beliau dipecat dari PAS Januari lalu setelah mengkritik tindakan menyeru ahli-ahli parti itu menyertai perhimpunan di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyokong kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jati akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari ini di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Penubuhannya bagi memperjuangan tiga elemen utama iaitu bagi menjaga kepentingan umat Islam, masyarakat Melayu dan mendaulatkan institusi beraja.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan