IPD Baru Jasin Mula Beroperasi Mac Depan

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin yang terletak di Jalan utama Bemban-Jasin di sini akan mula beroperasi sepenuhnya pada Mac depan dengan jumlah anggota seramai 120 orang.

Bangunan berkonsepkan moden dan mempunyai blok pentadbiran setinggi enam tingkat di atas kawasan seluas 10 hektar yang bernilai RM68.4 juta itu siap sepenuhnya pada 6 Okt lepas.

"Pembinaan IPD ini bertujuan menggantikan bangunan lama yang telah berusia 37 tahun dan sebagai langkah menaik taraf sistem kemudahan dan kualiti perkhidmatan polis kepada masyarakat," kata Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye kepada pemberita selepas merasmikan IPD tersebut di sini, Khamis.

Turut hadir Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Ir Tan Tiong Beng dan Pengarah JKR Melaka Datuk Abdul Razif Ibrahim.

Chuah berkata IPD tersebut turut dilengkapi kuarters, tadika, dewan serbaguna, surau dan gelanggang sukan.

Beliau berkata bangunan IPD lama yang terletak kira-kira 10 kilometer dari situ pula akan dijadikan pusat latihan polis kontinjen negeri menggantikan pusat latihan sebelum ini di Merlimau yang telah diserahkan kepada kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan