Anwar Tak Setuju Penyelesaian Luar Mahkamah Kes Tajudin - Danaharta

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, tindakan Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli menyelesaikan kesnya dengan Danaharta dan dua lagi anak syarikat di luar mahkamah berhubung saman sivil melibatkan hutang RM589 juta sebagai langkah menutup penglibatkan pihak berkepentingan dalam kes berkenaan.

Menurut ketua pembangkang itu lagi, kes berkenaan seharusnya diselesaikan mengikut prosedur mahkamah dan didedahkan kepada umum kerana kerugian MAS itu melibatkan wang rakyat.

"Saya tak fikir hal sedemikian boleh dirunding secara tertutup, ia seharuskan dimaklumkan kepada awam.

"Tapi saya lihat ada keengganan untuk hal ini dipanjangkan kerana daripada maklumat afidavit Datuk Tajudin ada melibatkan perdana menteri dan menteri kewangan pada ketika itu," katanya ketika ditemui media pada satu majlis di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai permohonan Tajudin kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa lalu bahawa beliau kini dalam proses memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dan memerlukan masa untuk menyelesaikan "masalah kecil yang muncul pada saat-saat akhir" berkaitan prosedur pelaksanaan penyelesaian itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan