Tidak Wajar Anwar Gesa SPR Semak Senarai Daftar Pemilih:MCA

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA berkata adalah tidak wajar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan siasatan berhubung apa yang dikatakannya sebagai terdapat kecurigaan terhadap pertambahan mendadak bilangan pengundi berdaftar di Selangor.

Ia berkata SPR telah mengambil langkah untuk membersihkan senarai daftar pemilih dengan mengesan nama yang tidak aktif, mempamer lebih 42,000 nama yang meragukan selain mengguna pakai dakwat kekal.

"Kenyataan Anwar adalah berupa andaian semata-mata, kerana beliau terlebih dahulu mengandaikan bahawa sebarang pertambahan bilangan pengundi di kawasan Pakatan Rakyat perlu dianggap sebagai pengundi hantu dan merupakan sebahgian daripada rancangan untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.

"Sudahkah Anwar lupa kepada kempen pendaftaran pengundi yang dilakukan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan yang Pakatan turut secara agresif mengajak orang ramai untuk mendaftar," kata Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Moon dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Anwar patut merasa gembira kerana langkah tersebut menghasilkan kejayaan dan tidak seharusnya mempertikaikan sesuatu yang belum terbukti kesahihannya.

Anwar telah dlaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata terdapat kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di Selangor sejak 2008, seperti di kawasan Subang, Kota Raja dan Puchong serta menuntut SPR menyiasatnya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan