Skandal Pasir : Kerajaan Selangor Akan Panggil Noh Omar Beri Keterangan

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar perlu bersedia untuk memberikan maklumat berhubung dakwaan isu penyelewengan pasir di Selangor kepada ahli panel “Transparency International” yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya telah meminta dua ahli panel terbabit untuk menemu ramah Noh bagi mendapat maklumat berkait dengan dakwaannya itu.

"Kita meminta dua pengarah bebas untuk menemu ramah Noh tentang maklumat yang beliau peroleh berhubung dakwaan penyelewengan pasir itu.

"Noh perlu bersedia untuk memberikan maklumat dan kita akan dedah kepada umum mengenainya. Malah tindakan itu juga bagi membolehkan tindakan sesuai diambil berhubung dakwaan tersebut," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada Rabu.

Kesemua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sejak tahun lalu.

Wakil Transparency International yang telah dilantik ialah Chong Seng Gee dan Sabtu Md Ali.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan