Nik Aziz Main Sandiwara Isu Israel - Perkasa

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan gesaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Israel hanya sandiwara politik yang bertujuan mengelirukan rakyat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pendirian PAS berhubung isu tersebut dibuat sekadar membersihkan imej parti itu agar tidak dilihat bersekongkol dengan Anwar.

"Kita (Perkasa) berpendapat kenyataan Nik Aziz mungkin satu kenyataan sandiwara yang cuba membersihkan imej PAS dari bersekongkol dengan Anwar yang jelas memegang teguh pada sokongan politik Amerika Syarikat dalam konteks kedudukan negara Palestin.

"Jadi bila beliau (Nik Aziz) mendesak Anwar untuk menarik balik kenyataannya atau menyaman akhbar yang menyiarkannya, ini hanyalah cubaan untuk mengelirukan masyarakat kerana mungkin PAS sudah sedar apabila Anwar mendapat serangan dan kecaman bertubi-tubi dari dalam dan luar negara, ia akan merugikan PAS," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Ibrahim mengulas gesaan Nik Abdul Aziz terhadap Anwar agar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.

Malah Menteri Besar Kelantan itu turut meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Mengulas lanjut Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, sekiranya Anwar mengambil tindakan saman terhadap WSJ, tindakan tersebut bagaimanapun tetap tidak mengubah pendirian sebenar Ketua Pembangkang itu berhubung isu Israel.

"Perkasa mengingatkan Rakyat supaya jangan keliru dengan perkembangan tersebut kerana jika Anwar akhirnya berpendirian untuk saman, saya tidak yakin beliau lakukan dengan ikhlas.

"Dan jika Anwar menarik semula kenyataannya sekalipun, ia masih tidak mencerminkan dasar dan pendiriannya terhadap keselamatan Israel sekiranya beliau mengambil alih pemerintahan negara satu hari nanti," katanya.

Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama WSJ memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan