Malaysia Mahu Anggotai Konvensyen Lindungi Warisan Budaya Tidak Ketara

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Malaysia mahu menganggotai Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dalam usaha mendapatkan pengiktirafan bagi pelbagai warisan tidak ketara negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sudah tiba masanya warisan tidak ketara Malaysia termasuk tulisan jawi, seloka, pantun, tenunan, anyaman, bunyian, muzik dan tarian diberi pengiktirafan Unesco.

"Kita akan tingkatkan usaha, kita sudah ada semuanya...syaratpun sudah cukup. Sudah tiba masanya kita jadi penandatanganan kepada konvensyen ini, seperti mana konvensyen 1972 (Konvensyen berhubung Perlindungan Budaya Dunia dan Warisan Alam 1972)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Warisan Malaysia di ibu pejabat Unesco di sini pada Selasa.

Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Kebudayaan Unesco, Francesco Bandarin, Wakil Tetap Malaysia ke Unesco Mohd Zulkifli Mohammed, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Profesor Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid dan 200 duta dan pegawai Unesco.

Dalam usaha memperkenalkan warisan tidak ketara Malaysia, Jabatan Warisan Negara, yang menganjurkan pameran lima hari itu, menampilkan persembahan wayang kulit serta demonstrasi ukiran kayu kaum Orang Asli Mah Meri dan sulaman tekat benang emas.

Rais berkata, bahawa setelah dipilih menganggotai Jawatankuasa Warisan Dunia (WHC) dan dilantik sebagai timbalan pengerusinya baru-baru ini, Malaysia perlu memainkan peranan rancak dan produktif untuk menempatkan dirinya di persada dunia.

Justeru, katanya, Malaysia memerlukan sokongan tempatan dan antarabangsa untuk membolehkan warisan negara diberi pengiktirafan sewajarnya.

Beliau berkata, kementerian menerusi Jabatan Warisan Negara mahu meningkatkan kewaspadaan dan pengetahuan masyarakat terhadap pentingnya memahami dan menerima warisan negara.

"Dalam usaha mengekalkan warisan, kita perlu menjadikannya sebagai elemen perpaduan dan kemanusiaan yang harus dihargai semua pihak. Namun, usaha perlu dipertingkatkan kerana ia masih jauh daripada matlamat yang diharapkan kerajaan," katanya.

Rais juga berkata, kementerian akan berusaha mendokumentasikan Lembah Lenggong di Perak sebagai warisan negara dan Penjanaan ilmu.

Artifak dan foto penerokaan Lembah Lenggong yang menunjukkan warisan Malaysia bermula seawal 1.8 juta tahun lepas adalah antara yang ditonjol pada pameran itu. Sebelum itu, dalam ucapannya, Rais berkata, Pameran Warisan Malaysia itu merupakan sumbangan pertama Malaysia ke arah mempromosi dan menghargai pencapaian manusia, selain bagi memulihara dan melindungi warisan semula jadi dan budaya.

Dalam ucapannya pula, Bandarin berkata, Unesco mengiktiraf usaha gigih Malaysia ke arah melindungi, memulihara dan menguruskan warisan budaya dan semula jadi.

Sementara itu, Zuraina berkata, Jabatan Warisan Negara, yang ditubuhkan pada 2006, giat berusaha untuk mengangkat warisan negara ke peringkat antarabangsa termasuk mendapatkan tempat dalam WHC.

"Pameran ini adalah antara usaha kita untuk meningkatkan penonjolan Malaysia di peringkat dunia setelah mendapat pengiktirafan dalam WHC," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan