'Kehilangan' Tanah Bernilai RM250 Juta Cetus Kontroversi

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerugian tanah bernilai RM250 juta milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) telah mencetuskan kontroversi.

Tanah pegangan pajak berkeluasan 234ha di Gombak disita oleh Kerajaa Selangor, pemegang saham terbesar dalam KHSB.

Namun, terdapat pemegang saham yang memberitahu mereka tidak menyedari perkara itu.

Tanah yang dimiliki SAP Holding Bhd (anak syarikat KHSB) dirampas oleh kerajaan negeri pada Ogos lalu.

Tempoh pegangan pajak itu hanya berakhir pada 25 Jun 2090.

Difahamkan, pemegang saham telah membuat aduan kepada Bursa Malaysia.

KHSB ditubuhkan pada 2001 dan disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 2003.

Ia merupakan aset hartanah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

SAP Holding Bhd terlibat dengan beberapa projek pembangunan di Selangor dan syarikat itu mengendalikan pengurusan projek, pembinaan dan pengurusan kelab dan tempat peranginan dan pembangunan hartanah.

Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin, abang kepada penulis blog, Raja Petra dan Hashim Kamil Harun bertindak sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Raja Idris juga merupakan Pengarah KDEB yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam satu aduan, seorang pemegang saham mendakwa tiada tindakan diambil oleh pengarah SAP dan KHSB untuk menyelesaikan atau berbincang mengenai isu tersebut.

Raja Idris ketika dihubungi mengesahkan rampasan tanah itu.

"Sebab yang diberitahu pegawai tanah untuk merampas tanah itu adalah kerana wujudnya aktiviti kuari secara haram sejak bertahun-tahun lamanya," katanya.

Beliau berkata, pemegang saham (menerusi laporan tahunan) dan Bursa Malaysia terus dimaklumkan mengenai perkembangan itu.

Raja Idris berkata, KHSB telah membawa perkara itu ke mahkamah, September lalu.

Seorang pemegang saham berkata, "Kerajaan Selangor mungkin pemegang saham terbesar tetapi hak dan kepentingan pemegang saham lain tidak patut diketepikan."

Raja Idris berkata, mesyuarat agung tahunan dijadualkan pada Jun ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan