Kastam Perkenal Laluan Beratur Di KLIA Sekat Kegiatan Penyeludupan Dadah

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperkenalkan kaedah laluan beratur bagi menyekat kegiatan penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secepat mungkin.

Penolong Ketua Pengarahnya, Datuk Zainul Abidin Taib berkata kaedah itu adalah salah satu strategi pihaknya menjalankan penguatkuasaan untuk mengesan penyeludup dadah yang masuk ke negara ini.

"Sekarang hanya dalam masa 10 saat, mereka kena keluar dari kawalan, dengan laluan beratus pegawai-pegawai kastam mempunyai tempoh sehingga setengah jam dan ia lebih daripada mencukupi untuk kita memerhati dan mengkaji penumpang dan pelancong yang masuk ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Kerja Kumpulan Pematuhan dan Penguatkuasaan Kastam (CECWG) Asean ke-11, di sini, Rabu.

Beliau berkata kaedah itu dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana ia dipraktikkan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Australia.

"Setakat ini, kerajaan telah beri lampu hijau untuk pihak kastam guna kaedah berkenaan di KLIA dan kita akan aplikasikannya secepat mungkin bagi mengekang dan menyekat pengedaran dadah di Malaysia," katanya.

Sementara itu Zainul berkata pada mesyuarat tiga hari CECWG itu, ia membincangkan peranan kastam dalam menangani ancaman baru seperti keganasan, pemalsuan, jenayah perdagangan dan jenayah terancang di Asean.

Katanya perbincangan itu bagi menjamin langkah-langkah kawalan yang mencukupi dapat dilaksanakan bagi memudahkan perdagangan, pelaburan dan melindungi kepentingan perniagaan yang sah di Asean.

"Objektif CECWG pada mesyuarat kali ini adalah memberi perlindungan kepada komuniti Asean dengan melaksanakan langkah-langkah penguatkuasaan dan mempromosi pematuhan," katanya.

Beliau berkata CECWG juga mempunyai beberapa program khusus untuk tempoh sehingga 2015 antaranya memperkenalkan dan berkongsi pengalaman mengenai teknik-teknik baru penguatkuasaan serta teknologi cangih agar kawalan kastam berdasarkan standard antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan