AirAsia Dipilih 'Value Airline Of The Year' ATW - Berita Semasa | mStar

AirAsia Dipilih 'Value Airline Of The Year' ATW

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dipilih sebagai "Value Airline of the Year" pada majlis anugerah pencapaian industri Syarikat Penerbangan Pengangkutan Udara Dunia (ATW) ke-38.

ATW memilih AirAsia sebagai pemenang kategori berkenaan atas usaha syarikat itu menjadi perintis dalam industri penerbangan kos rendah.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, syarikat penerbangan kos rendah itu berkata anugerah yang sangat berprestij itu telah disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes pada majlis makan malam dan majlis penyampaian di Singapura semalam yang dihadiri oleh pengurusan atasan syarikat-syarikat penerbangan dunia.

Anugerah Pencapaian Industri ATW Syarikat Penerbangan merupakan paling lama dan paling dihormati dalam anugerah industri penerbangan.

"Kami benar-benar berbesar hati untuk memenangi anugerah itu, yang mencerminkan usaha berterusan AirAsia dalam perjalanan udara.

"Ia adalah usaha berterusan, tetapi pasti perjuangan bernilai apabila begitu banyak kehidupan rakyat telah berubah.

"Kami akan terus berusaha untuk menyediakan tambang rendah untuk semua penumpang kami, di samping meningkatkan perkhidmatan kami," kata Fernandes. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan