Suhakam Sifatkan Penghantaran Pulang Kolumnis Arab Saudi Langgar Hak Asasi Manusia

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Selasa menyifatkan tindakan penghantaran pulang kolumnis akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb Hamza Kashgari sebagai melanggar hak asasi manusia.

Naib Pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata beliau amat kecewa dengan penghantaran pulang individu yang dikehendaki oleh kerajaan Arab Saudi itu kerana dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW.

“Pengusiran dia (Kashgari) menjadi satu kejutan walaupun selepas rayuan bertulis dibuat oleh Suhakam kepada Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan kesnya agar selaras dengan prinsip hak asasi manusia.

“Hal ini melibatkan prinsip bukan refoulment di mana seseorang yang menghadapi penganiyaan di negara beliau tidak perlu dikembalikan ke negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa. Menurutnya, pengusiran itu akan memberi kesan negatif kepada negara kerana ia telah melanggar undang-undang dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa terutama sekali yang termaktub dalam Perkara 3, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Di bawah perkara tersebut menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjamin hak setiap orang terutamanya nyawa, kebebasan dan keselamatan.

Setiap orang katanya, adalah berhak secara sama rata kepada perbicaraan yang adil dan terbuka dan mereka mempunyai hak untuk dianggap tidak bersalah sehinggalah terbukti bersalah mengikut undang-undang dalam perbicaraan terbuka.

Katanya, Kashgari telah pun dinafikan hak-hak tersebut di mana kes beliau telah menarik tajuk-tajuk utama media antarabangsa. “Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerajaan perlu menunjukkan komitmen untuk mendukung standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini,” ujarnya.

Kementerian Dalam Negeri telah menghantar pulang Kashgari ke negara asalnya pada Ahad lalu selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari yang sama.

Kolumnis itu dikatakan menimbulkan kemarahan rakyat Arab Saudi kerana tulisannya dalam laman Twitter yang dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada hari sambutan Maulidul Rasul minggu lepas.

Tindakannya itu menyebabkan Twitter tersebut mencatat hampir 30,000 bantahan mengenai topik berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan