Skandal Pasir: Sekretariat Orang Muda Selangor Buat Laporan Kepada SPRM

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) pada Selasa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan dua pendedahan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin termasuk skandal pasir di Selangor.

Pengerusi SERANG, Budiman Mohd Zohdi berkata badan bukan kerajaan itu mahu SPRM membuat siasatan terhadap pendedahan itu dalam portal Malaysia Today, http://malaysia-today.net Khamis lepas berhubung pembabitan dua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam skandal pasir tersebut.

"Kami mendesak pihak SPRM menyiasat dakwaan ini sekiranya wujud salahguna kuasa, konflik kepentingan kerana menyokong syarikat yang mereka sendiri merupakan Anggota Lembaga Pengarah syarikat.

"Sekiranya dakwaan Raja Petra merupakan satu fitnah maka kita mencabar mereka (dua wakil rakyat PKR itu) membuat laporan polis terhadap dakwaan Raja Petra. Namun, sehingga hari ini, tiada laporan polis dibuat lagi," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Sebelum itu, Budiman bersama kira-kira 20 penyokong SERANG berkumpul di perkarangan SPRM memegang poster bantahan berhubung skandal pasir di Selangor.

Selain skandal pasir, Budiman berkata SERANG turut membuat laporan kepada SPRM berhubung pendedahan Raja Petra pada 6 Jan lepas bahawa abang ipar kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berjumpa dengan pihak pemaju dengan tujuan mendapatkan wang untuk mempercepatkan kelulusan projek-projek kerajaan negeri Selangor.

"Kami percaya tindakan ini berunsurkan rasuah dan meminta SPRM menyiasat dakwaan ini.

"Kami, wakil Orang Muda Selangor berasa sangat kecewa dan dukacita dengan perkembangan kerajaan negeri Selangor yang bertentangan dengan manifesto pilihan raya umum ke-12 bahawa pentadbiran mereka telus, berwibawa dan bebas daripada kronisme...Mereka lebih buruk daripada kerajaan terdahulu," katanya.

SERANG yang ditubuhkan pada hujung 2008, mewakili suara orang muda di Selangor, khususnya mereka berumur 40 tahun ke bawah, bertujuan membuat teguran kepada kerajaan khususnya berhubung penyelewengan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan