Setiausaha Politik Guan Eng Beri Kata Dua Kepada Penganjur Debat

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi kata dua kepada pihak penganjur, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) berhubung debat bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"250 ahli DAP dan penyokong kami akan berada di tempat perbahasan pada pukul 4 petang. Sekiranya tiada duduk disediakan untuk mereka, saya tidak dapat memberi jaminan sekiranya ada kejadian yang tidak diingini berlaku,”"kata Ng Wei kepada pemberita di pasar Chowrasta di sini, Selasa.

Ng berkata pihaknya telah meminta 300 tempat namun pihak penganjur hanya memberikan 200 tempat sahaja kepada mereka.

"Pihak ASLI mengenakan syarat bahawa 200 nama yang diberikan mesti mendaftar sebelum pukul 8 pagi. Kami tidak bersetuju kerana kami bukan hendak menghadiri persidangan tersebut sepanjang hari.

"Kami hanya berminat untuk mendengar perbahasan berkenaan. Oleh sebab itu, saya terpaksa memberi kata dua kepada pihak penganjur berhubung perkara ini,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan