Pendirian Nik Aziz Mengenai Isu Israel Bukti PAS Tidak Gadai Prinsip

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan pendirian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) membuktikan parti itu tidak akan menggadai prinsip perjuangan mereka.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, pendirian tersebut juga menunjukkan PAS sanggup mengetepikan sentimen politik demi mencari keredaan Allah.

"Kita menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS pada Isnin yang turut meminta Anwar untuk menyaman majalah tersebut sekiranya kenyataan itu telah diputar-belitkan media terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Menurut Raja Ahmad, PAS tidak pernah berkompromi dengan mana-mana individu atau organisasi dalam isu Palestin.

Dalam pada itu, beliau menegaskan penyelesaian dua negara yang dicadangkan sesetengah pihak sebenarnya tidak pernah dipersetujui kerana ia sama sekali menindas rakyat negara itu.

"Israel diwujudkan secara zalim dengan merampas hak rakyat Palestin sehingga berpuluh tahun rakyat negara itu hidup menderita, dibunuh, diseksa dan diusir dari tanah tumpah darah mereka," katanya.

Raja Ahmad berkata, umat Islam tidak akan melupai kekejaman Zionis yang dibantu kuasa Barat untuk menjajah Palestin melalui perjanjian Balfore 1917.

Tambahnya, perjanjian Olso pada 13 September 1993 telah menguatkan lagi cengkaman Israel di bumi Palestin yang semakin mengecil.

Sehubungan itu, Raja Ahmad berkata, amat mustahil bagi umat Islam di seluruh dunia mengiktiraf jenayah yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin.

"Kami merasakan teguran yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS terhadap kenyataan Anwar amat wajar dilakukan," katanya.

Raja Ahmad turut mengingatkan Ketua Pembangkang itu supaya menjaga sensitiviti umat Islam pada setiap masa.

"Isu Palestin begitu dekat di hati umat Islam. Mengguris hati rakyat Palestin bererti mengguris hati keseluruhan umat Islam," katanya.

Pada Isnin, Majlis Syura Ulama PAS dan jawatankuasa tertinggi parti itu membuat keputusan meminta Mursyidul Am PAS untuk mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ baru-baru ini.

Keputusan tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur, Isnin.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan