Negara Islam Perlu Sedia Tadbir Urus Yang Baik - Tun M

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Negara-negara Islam perlu menyediakan amalan tadbir urus yang baik bagi memastikan mereka dapat bersaing dengan negara membangun yang lain serta memberi gambaran baik mengenai Islam.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tadbir urus adalah melakukan perkara yang betul, mengelak salah laku serta melakukan apa juga yang menghalang atau merosakkan kemajuan rakyat dalam negara.

"Sebuah kerajaan yang baik sentiasa mengambil berat tentang rakyat. Pemimpinnya tidak dilantik, dipilih atau mewarisi kepimpinan agar mereka boleh menikmati kehidupan dengan banyak keistimewaan.

"Seorang pemimpin dijangka memimpin rakyatnya dan menyediakan taraf kehidupan yang baik kepada mereka. Seorang pemimpin juga mesti sentiasa perihatin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk "Urus Tadbir Yang Baik, Iklim Pelaburan Berdaya Maju, Falsafah Yang Mantap" pada perasmian Multaqa Kesembilan Al-Muntada Al-Islami 2012 di sini, Isnin.

Persidangan tiga hari itu, yang bermula semalam, dianjurkan oleh Al-Muntada dengan kerjasama Kumpulan Penasihat IFP Malaysia.

Badan Amanah Al-Muntada Al-Islami, sebuah pertubuhan bebas ditubuhkan di United Kingdom pada asalnya bertujuan memenuhi keperluan komuniti tempatan dan kini mempunyai beberapa pusat kegiatan di seluruh dunia.

Memetik Malaysia sebagai contoh, Dr Mahathir berkata ketika waktu kemerdekaan, 70 peratus tenaga kerja menganggur dan oleh itu kerajaan memutuskan untuk menyediakan peluang pekerjaan dengan beralih dari bidang pertanian kepada perindustrian.

"Strategi itu amat berjaya dalam menjana pekerjaan, lebih-lebih lagi akhirnya Malaysia terpaksa membawa masuk pekerja asing kerana banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan menerusi pelaburan asing dalam negara," katanya.

Katanya dasar kerajaan itu mengakibatkan kehidupan rakyat bertambah makmur dan pertumbuhan negara meningkat kerana pelaburan asing dan domestik.

"Ini semua kerana persekitaran yang diwujudkan," jelasnya.

"Saya harap negara-negara Islam akan mengingati peranan tadbir urus yang baik dan badan bukan kerajaan (NGO) juga boleh turut membantu dengan menyediakan pendidikan dan latihan manakala kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan menerusi tarikan pelaburan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan