Mohd Zin Dilantik Koordinator BN Selangor - Berita Semasa | mStar

Mohd Zin Dilantik Koordinator BN Selangor

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dilantik sebagai Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Selangor, mengumumkan pelantikan itu pada satu mesyuarat tertutup BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis lepas.

"Mohd Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang akan memperincikan lagi gerak kerja parti secara lebih menyeluruh supaya dapat memenangi hati rakyat untuk dipilih mentadbir semula negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 kelak," kata Mohamed Idris dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Zin sebelum ini mendapat keyakinan dan kepercayaan Perdana Menteri apabila dilantik sebagai Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya BN negeri awal tahun lepas, katanya.

BN kini menguasai 21 kerusi berikutan pilihan raya umum lepas. BN memerlukan sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan